Saturday 13 December 2014

Anak Syurga

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

ADHD.., anak syurga aq adalah remaja ADHD. 
2015 nnt dia dah tingkatan dua. Bersekolah biasa, mmg keputusan ini seperti tidak berotak pd org luar tp kami berdua 'parent'nya beranggapan dia bukan selamanya akan dlm dunianya. 

Dia perlu mengenal hati budi orang normal di sekelilingnya. Aq tdk mahu dia hanya bergaul dgn kawan-kawan yg senasib dgnnya. Aq mahu dia belajar mengendalikan maksud kehidupan normal. Dibuli, disisih, diejek dll. Biar dia tahu ini lah kehidupan sebenar. Dia kena berani bersuara mempertahankan haknya, dia kena berani membuat keputusan tanpa bantuan. 

Kerana aq tdk akan selalu ada di sebelahnya. Sekiranya ajal lebih dulu menemui aq dan seluruh keluarganya, bagaimana dia hendak meneruskan hidup jika skrg dia selalu diberi perhatian, dilindungi dan dibantu.

Rahsia yg hanya Allah SWT yg tahu, mengapa kejadian dia begitu.
Dia perlu tahu, dia dilahirkan begitu untuk membuktikan Allah SWT Maha Berkuasa menjadikan sesuatu dan rahsia di sebalik setiap sesuatu kejadian

Hidup perlu terus. Hidup adalah perjuangan. Dia seorang pejuang kehidupan.

Kenapa Engkau Nak Tahu?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Aq namakan blog aq ' beza gaya dan rupa' , profile plak gambo Bon Jovi dan nick name aq 'kent'
ada aq kesah masa nak daftar blog x ble kuncimasuk kent?
time tu aq fikir aq nak jadikan tempat aq berkongsi pengalaman... tp masa yg x mampu aq adakan dan gara-gara terlupa nama blog sendiri, maka aq ke laut hahaahaa maksudnya hanyut sama erti ketinggalan.
bru aq teringat nama blog yg ble masuk ari tue ialah 'Okentc'
Cm tue la kejadiannya ngape blog nie mangkuk sgt cam nie!.

Kenapa 'beza gaya dan rupa'?
Kenapa Bon Jovi?
dan 
Kenapa KENT?

Aq x brape suka bercerita kisah lama, Aq x suka memandang blakang - 'poyo' ,
sbb byk kesilapan yg aq buat, yg buat aq malu pd smua.

Aq bkn pelajar skolah yg dikenali oleh kawan-kawan lain. Aq x de apapun yg nak dibanggakan oleh kedua org tua. Aq seorang anak yg rumit!

Knp aq becerita psl ni ari ni? Aq pun x pasti!

Engkau pun x pernah kesah kan?

ea ke x kesah? pehal pun aq perlu ckp sesuatu. Yg mungkin memberi semangat, panduan, apa2 la yg manfaat. Sekurang2nya aq ada sesuatu yg ble org jadikan panduan kehidupan.

Pemikiran aq, Stail aq, gaya aq dan cara aq mmg pelik, mmg beza dgn rupa aq hahahaa org x sangka, orang x percaya dan org x ble duga!

Bon Jovi, dr aq kenal dia, aq slalu bayangkan rupa aq dan gaya aq menyerupai dia. Mcm muka dia la aq rasa muka aq, perasannya... tp mmg itu yg aq mahu org tahu, aq mcm tue klau x, aq suruh org bayangkan rupa aq mcm tu.

dan jawapan soalan ke3, mula2 aq perkenalkan diri masa daftar sekolah menengah, masuk tingkatan 1, diorang tanya, Kenapa panggil KENT?

Kerana aq akan tanya balik Kenapa Engkau Nak Tahu?

Sunday 19 January 2014

Assalammualaikum,
Aq nak share sket tentang 'bersederhana' tp satu aspek ni mmg aq alami sendiri. Masa muda, tua ke? kira dah ke arah tu la. Aq jogging setiap ptg, 2 jam, pe tu blk umah jalan kaki. Masa tu aq keje kat Jln. Kampong Attap so dekat je la kan Taman Tasik Perdana. Masa tu, thn 1992, time Ofis 8.00 pg - 4.15 ptg. Lps solat asar kat ofis, jalan ke sana. Jalan laju2 sbb aq ambil peluang utk 'warm-up'. Kadang berlari2 menyeberang jalan melintas dr Bangunan Mahkamah Syariah ke Muzeum Negara. Slalunya bila check nadi dah terus dpt 120 perminit. Ini bermakna tubuh telah bersedia utk dikerah. 
Mungkin cara aq bercerita kurang menarik tp ni lah aq. Sdd tu aq namakan blog nie beza gaya dan rupa.
Ok sambung...
Aq akan wat regangan dr kepala ke kaki. Aq belajar semua ni masa aq mengikuti Kursus Melatih Tenaga Pengajar Peringkat Kebangsaan  anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Sebaik selesai regangan aq mula berlari dengan kelajuan sederhana mengelilingi kawasan tasik selama 2 jam. Latihan kardio ini sebagai mengekalkan stamina aq, krn aq kene bersedia bila dipanggil oleh Kelab Rekreasi Selangor utk membantu aktiviti mendaki.
Dr kul 5 ptg sampai la kul 7. Seblm berhenti berlari, aq akan berlari secara memecut mendaki satu kaw. berbukit kalau skrg nie rasanya lereng bukit ke Taman Bunga Raya. Aq x pasti skrg nie keadaan itu masih begitu krn dah terlalu lama aq tdk ke sana. Bertahun2 kot. Sbb dr 1995, aq bekerja di Shah Alam.
15 minit pula utk Cooling down. Baru la aq melangkah balik menyusuri Kelab Perdana Diraja, melalui Padang Merbuk, melintasi Bangunan Bank Negara dan Bank Rakyat memasuki Jalan Tengku Abdul Rahman seterusnya ke Jalan Raja Alang krn aq menyewa bersama kawan2 di Wisma Sufian. 
Jauh ke? tak percaya? 
Suka hati lah percaya ke x sbb aq menulis utk berkongsi pengalaman. Mungkin x hebat tp boleh dijadikan panduan supaya 'bersederhana'lah dlm apa jua yg kita buat skrg.
Slalunya dlm kelam senja tu, aq akan sampai hampir pukul 8 mlm. Aq akan mandi, solat maghrib, berehat dgn membaca buku ( antara hobi aq: mungkin ada beberapa buku yg aq akan kongsikan ). Aq akan tido jam 10.30 mlm selepas solat isyak. 
Bosan? tp itu la rutin aq, aq buat sbb aq suka.
Hasilnya mmg best, aq slalunya jadi peninjau masa aktiviti mendaki gunung. (klau ada peluang, aq akan kongsikan tugas peninjau, best gila!)
Kalau yg tahu, teruskan je membaca yg tak tahu, aq bagi tau. Bila latihan stamina atau apa2pun senaman, kita perlu mulakan 2 jam selepas makan dan hanya akan makan selepas 2 jam setelah menyelesaikan senaman.
x faham, kurang faham. Ok, cam ni. Jgn makan jika 2 jam lagi, kita nak bersenam. dan selepas bersenam, kena tunggu 2 jam baru boleh makan. Tp klau nak naikkan berat badan, selepas 1/2 jam boleh makan, agak-agak degupan jantung dah nomal, nadi dah kembali kepada 70-80 perminit. Tp air mesti! Korang x nak tanya bila aq makan malam? aq x makanpun sbb teori di atas tp teori ni aq dah praktikkan. Aq hanya ambil segelas Glukos perisa oren selepas sembahyang maghrib.
Ari nie aq ada peluang nak up date blog nie, sbb tu aq kongsi sesuatu ari nie. Tp tau kenapa aq kata 'bersederhana' sbb bila umur aq skrg, dan mcm-mcm kecederaan akibat terlalu aktif masa dulu2 tu. Aq diberitahu oleh doktor, bila kita biasa berlari dengan kelajuan sederhana seperti aq buat tadi...kita KENE TERUSKAN SAMPAI BILA-BILA. ( teringat Profesor Ungku Aziz yg terus berlari walaupun masa tu dia dah 60 tahun.) Memandangkan lutut dan buku lali aq bermasalah skrg, di tambah koyakkan otot pd kaki, doktor cadangkan aq berenang sahaja sementara kecederaan pulih.
Kolam renang depan rumah, Masalahnya aq X GHETI BERENANG! cam no?
FAKTA DOKTOR : 1 JAM BERLARI SEDERHANA LAJU BERSAMAAN 2 JAM BERJALAN KAKI DENGAN KELAJUAN TINGGI. bukan aq ckp tau, doktor ckp, bkn doktor biasa tau, doktor pakar. Nak komen apa pun boleh, kita kongsi sama2.
Paling bagus, amalkan berjalan sederhana laju ' brisk walk'. Sbb tu ramai kawan2 kita yg aktif bersukan tp tiba-tiba 'PERGI' kerana SERANGAN JANTUNG! Fikir-fikirkan.




Monday 26 August 2013

Salam semua,
Lama betol x menulis, asyik mengira je. Ari nie ada waktu nak begebang sbb x koje. Aq nak cite sket pasal makan selepas sebulan puasa. Dah 3 kali dlm bln raya nie, aq sakit perut. Jadi takut nak makan. Pagi ni makan cream crakers je. Duk melengong kat ateh katil melayan perut. Kejap2 ke tandas, sebenarnya angin je yg kuar tp bimbang la jgk kot-kot lain yg kuar.
Aq bkn jenis org yg pantang jumpa...paham la kan. Perut aq x ble masuk sebarang , sbb tu la musim 'open house' merana aq hehehhe.

Saturday 29 December 2012

Hi 2013...bye 2012

Salam untuk semua!

2012 akan berakhir. Aq x suka membuat 'azam' dan x pernah pun berazam. Yang aq fikir "semalam adalah baik, hari ini yang lebih baik untuk persediaan esok yang terbaik". Idup aq simple je, klau nak buat...buat, x nak...x payah buat.

Allah SWT anugerahkan akal. So klu rasa buat jadi lebih cergas, buat ari nie... jgn tunggu esok. Konon "azam' tahun baru. Klu sampai masa ajal kita, x tunggu esok...sesaatpun x de. Sbb tu aq mcm ni, x berazam. Klu ari ni kita rasa nak jumpa ibu bapa di kampung tp tiada kemampuan dr segi masa, jarak dan sebagainya. Ataupun juga x dpt dihubungi melalui telefon... berwuduk lah, angkatkan doa kepada Allah SWT...hadiahkan kpd mereka. Jgn tunggu2, jgn berazam "tahun 2013, aku akan selalu menjengok emak dan ayah" sedangkan kita blum tahu kemampuan kita esok.

Cuma satu...Allah SWT ada, Dia sentiasa disisi kita. Dan Dia sentiasa tahu...apa yg kita x tahu. Krn itu, buat shj ari ni...apa yg kita tahu apa yg buruk dan apa yang baik, apa dosa dan apa pahala. LAKUKAN HARI INI! BUKAN ESOK.

Friday 30 November 2012

Assalammualaikum dan selamat sejahtera smua!
best la, baca blog korang, sisipanpun cantik2. aq mmg x pandai buat mcm tu. Masapun x brape nak menyebelahi. 24 jam, - 6 jam tido, 10 jam kat opis, 2 jam kat ateh jalanraya. baki 6 jam tu pikir2 la apa yg aq buat termasuk makan, mandi dll... sedihkan. 
Bilik Twin aq dah sunyi dgn gelak ketawa. Ahad 25/11 hanis dah sampai Arau. Semlm 30/ 11,  Hanim plak ke Kuala Trengganu. Rasa sekejap sgt diorang cuti. dgn baki masa 6 jam tu, ke mana sgt la ble spend utk diorang.






Monday 5 March 2012

Ye ye dah tanam avocado!

Salam,
Semlm aq berjaya menanam pokok avocado yang mak aq dah semaikan. Merata sebenarnya mencari tanah nak tanam. Kesian aq mmg ada rumah tp x ckp tanah. Setelah hampir 2 minggu, bwk dr umah mak baru semlm dialihkan ke tanah...fuh lega . Blasah je kat sebrang jalan dpn umah. Dgn penuh harapan x dicuri org mcm pokok mangga yg aq tanam. Kali ni tanam kat tempat yang sama. Berserah pd Allah SWT. Klau panjang umur, bleh merasa buahnya sama2. Bila yek? tunggu... tinggi baru paras pangkal peha hehehe....
Kat blakang umah ada 3 anak pokok Nam-nam, tinggal nak alehkan je. eh korang tahu x buah nam-nam? nanti aq cerita. tp lain kali la. chawchinchau!