Sunday 19 January 2014

Assalammualaikum,
Aq nak share sket tentang 'bersederhana' tp satu aspek ni mmg aq alami sendiri. Masa muda, tua ke? kira dah ke arah tu la. Aq jogging setiap ptg, 2 jam, pe tu blk umah jalan kaki. Masa tu aq keje kat Jln. Kampong Attap so dekat je la kan Taman Tasik Perdana. Masa tu, thn 1992, time Ofis 8.00 pg - 4.15 ptg. Lps solat asar kat ofis, jalan ke sana. Jalan laju2 sbb aq ambil peluang utk 'warm-up'. Kadang berlari2 menyeberang jalan melintas dr Bangunan Mahkamah Syariah ke Muzeum Negara. Slalunya bila check nadi dah terus dpt 120 perminit. Ini bermakna tubuh telah bersedia utk dikerah. 
Mungkin cara aq bercerita kurang menarik tp ni lah aq. Sdd tu aq namakan blog nie beza gaya dan rupa.
Ok sambung...
Aq akan wat regangan dr kepala ke kaki. Aq belajar semua ni masa aq mengikuti Kursus Melatih Tenaga Pengajar Peringkat Kebangsaan  anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Sebaik selesai regangan aq mula berlari dengan kelajuan sederhana mengelilingi kawasan tasik selama 2 jam. Latihan kardio ini sebagai mengekalkan stamina aq, krn aq kene bersedia bila dipanggil oleh Kelab Rekreasi Selangor utk membantu aktiviti mendaki.
Dr kul 5 ptg sampai la kul 7. Seblm berhenti berlari, aq akan berlari secara memecut mendaki satu kaw. berbukit kalau skrg nie rasanya lereng bukit ke Taman Bunga Raya. Aq x pasti skrg nie keadaan itu masih begitu krn dah terlalu lama aq tdk ke sana. Bertahun2 kot. Sbb dr 1995, aq bekerja di Shah Alam.
15 minit pula utk Cooling down. Baru la aq melangkah balik menyusuri Kelab Perdana Diraja, melalui Padang Merbuk, melintasi Bangunan Bank Negara dan Bank Rakyat memasuki Jalan Tengku Abdul Rahman seterusnya ke Jalan Raja Alang krn aq menyewa bersama kawan2 di Wisma Sufian. 
Jauh ke? tak percaya? 
Suka hati lah percaya ke x sbb aq menulis utk berkongsi pengalaman. Mungkin x hebat tp boleh dijadikan panduan supaya 'bersederhana'lah dlm apa jua yg kita buat skrg.
Slalunya dlm kelam senja tu, aq akan sampai hampir pukul 8 mlm. Aq akan mandi, solat maghrib, berehat dgn membaca buku ( antara hobi aq: mungkin ada beberapa buku yg aq akan kongsikan ). Aq akan tido jam 10.30 mlm selepas solat isyak. 
Bosan? tp itu la rutin aq, aq buat sbb aq suka.
Hasilnya mmg best, aq slalunya jadi peninjau masa aktiviti mendaki gunung. (klau ada peluang, aq akan kongsikan tugas peninjau, best gila!)
Kalau yg tahu, teruskan je membaca yg tak tahu, aq bagi tau. Bila latihan stamina atau apa2pun senaman, kita perlu mulakan 2 jam selepas makan dan hanya akan makan selepas 2 jam setelah menyelesaikan senaman.
x faham, kurang faham. Ok, cam ni. Jgn makan jika 2 jam lagi, kita nak bersenam. dan selepas bersenam, kena tunggu 2 jam baru boleh makan. Tp klau nak naikkan berat badan, selepas 1/2 jam boleh makan, agak-agak degupan jantung dah nomal, nadi dah kembali kepada 70-80 perminit. Tp air mesti! Korang x nak tanya bila aq makan malam? aq x makanpun sbb teori di atas tp teori ni aq dah praktikkan. Aq hanya ambil segelas Glukos perisa oren selepas sembahyang maghrib.
Ari nie aq ada peluang nak up date blog nie, sbb tu aq kongsi sesuatu ari nie. Tp tau kenapa aq kata 'bersederhana' sbb bila umur aq skrg, dan mcm-mcm kecederaan akibat terlalu aktif masa dulu2 tu. Aq diberitahu oleh doktor, bila kita biasa berlari dengan kelajuan sederhana seperti aq buat tadi...kita KENE TERUSKAN SAMPAI BILA-BILA. ( teringat Profesor Ungku Aziz yg terus berlari walaupun masa tu dia dah 60 tahun.) Memandangkan lutut dan buku lali aq bermasalah skrg, di tambah koyakkan otot pd kaki, doktor cadangkan aq berenang sahaja sementara kecederaan pulih.
Kolam renang depan rumah, Masalahnya aq X GHETI BERENANG! cam no?
FAKTA DOKTOR : 1 JAM BERLARI SEDERHANA LAJU BERSAMAAN 2 JAM BERJALAN KAKI DENGAN KELAJUAN TINGGI. bukan aq ckp tau, doktor ckp, bkn doktor biasa tau, doktor pakar. Nak komen apa pun boleh, kita kongsi sama2.
Paling bagus, amalkan berjalan sederhana laju ' brisk walk'. Sbb tu ramai kawan2 kita yg aktif bersukan tp tiba-tiba 'PERGI' kerana SERANGAN JANTUNG! Fikir-fikirkan.