Saturday 13 December 2014

Anak Syurga

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

ADHD.., anak syurga aq adalah remaja ADHD. 
2015 nnt dia dah tingkatan dua. Bersekolah biasa, mmg keputusan ini seperti tidak berotak pd org luar tp kami berdua 'parent'nya beranggapan dia bukan selamanya akan dlm dunianya. 

Dia perlu mengenal hati budi orang normal di sekelilingnya. Aq tdk mahu dia hanya bergaul dgn kawan-kawan yg senasib dgnnya. Aq mahu dia belajar mengendalikan maksud kehidupan normal. Dibuli, disisih, diejek dll. Biar dia tahu ini lah kehidupan sebenar. Dia kena berani bersuara mempertahankan haknya, dia kena berani membuat keputusan tanpa bantuan. 

Kerana aq tdk akan selalu ada di sebelahnya. Sekiranya ajal lebih dulu menemui aq dan seluruh keluarganya, bagaimana dia hendak meneruskan hidup jika skrg dia selalu diberi perhatian, dilindungi dan dibantu.

Rahsia yg hanya Allah SWT yg tahu, mengapa kejadian dia begitu.
Dia perlu tahu, dia dilahirkan begitu untuk membuktikan Allah SWT Maha Berkuasa menjadikan sesuatu dan rahsia di sebalik setiap sesuatu kejadian

Hidup perlu terus. Hidup adalah perjuangan. Dia seorang pejuang kehidupan.

No comments:

Post a Comment